Wednesday, 21 May 2014

Jom belajar Metafizik dalam kehidupan

Personaliti diri berdasarkan Metafizik tarikh lahir 16 petak nombor
Assalammualaikum :)

Selamat berhari RABU. Saya ambil kesempatan pada pagi ini untuk update dan sambung entry personaliti diri berdasarkan metafizik tarikh lahir. hehe.

Jom kita imbas kembali dulu, entry pertama tentang personaliti metafizik yang saya kongsikan berjudul "Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir" adalah untuk mendapatkan kiraan KOD ASAS dalam diri kita. Kita bernaung atas nombor apa.

Entry kedua pula, berjudul "Kombinasi 3 nombor yang menujukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)" . 3 nombor kombinasi yang dimaksudkan adalah kiraan luar petak piramid terbalik tersebut di mana ia adalah nombor yang merujuk kepada kecenderungan kita.

Entry ketiga, berjudul "Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan Metafizik Tarikh Lahir" . Entry ketiga ini hanyalah sebagai rujukan kita untuk maksud tertentu bagi nombor kecenderungan kita yang sudah kita ketahui melalui kiraan tarikh lahir kita.

Sekarang saya akan kongsikan senarai nombor satu hingga sembilan yang mempunyai maksud tersendiri mengikut kajian sains metafizik.

Sila rujuk gambar di bawah...


Kiraan di atas adalah tarikh lahir saya. Anda akan mendapat keputusan 16 digit nombor (Yang di dalam petak warna biru) selepas siap mengira.

Berdasarkan tarikh lahir saya, nombor yang wujud adalah nombor 1 , 2 , 3 , _ , 5 , 6 , 7 , 8 , dan 9 sahaja.

Nombor 4 tidak wujud di dalam kiraan tarikh lahir saya. Oleh hal yang demikian, nombor yang tidak wujud ini merupakan kelemahan saya. Nombor empat bermaksud "suka membuat perancangan dan suka kepada ilmu pengetahuan" .

Jika korang kira tarikh lahir korang dan nombor 1 hingga 9 wujud. TAHNIAH! kerana, itu bermaksud seimbang.

Jika ada nombor yang tidak wujud, TAHNIAH juga!, kerana itulah peluang yang kita ada untuk belajar dan memperbaiki diri sendiri untuk mendapatkan identiti yang kita perlukan.

Di bawah ini adalah senarai maksud dari nombor satu hingga sembilan. Kita boleh rujuk selepas membuat kiraan... Selamat mencuba! :)

Nombor 1: 
ADA CIRI-CIRI KEPIMPINAN. KEMUNGKINAN SEMASA ALAM PERSEKOLAHAN ATAU SELEPAS ANDA DILANTIK MENJADI KETUA ATAU PENOLONG ATAU DALAM PERSATUAN. KEMUNGKINAN JUGA ANDA MENOLAK PERLANTIKAN DALAM JAWATAN TERSEBUT.

Nombor 2 :
ANDA PUNYAI KOMUNIKASI ATAU PENYAMPAIAN YANG BAIK. SUARA ANDA KEDENGARAN LANTANG DAN JELAS. MUNGKIN JUGA ANDA SUSAH ATAU MALU NAK MULA BERCAKAP NAMUN APABILA SUDAH MULA ANDA KELIHATAN MESRA.

Nombor 3: 
PERGERAKAN ANDA SANGAT CEPAT ATAU LAIN KATA ANDA TIDAK SUKA BERTANGGUH DALAM SESUATU PERKARA.

Nombor 4: 
ANDA SUKA MERANCANG DAN JUGA ANDA SUKA KEPADA ILMU PENGETAHUAN.

Nombor 5:
ANDA SEORANG YANG PUNYAI PRINSIP SENDIRI. CONTOH JIKA ANDA KATA “A”, “A”LAH JAWAPANNYA, JIKA “B”, “B”LAH JAWABNYA. ATAU ANDA TIDAK TERUS MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA MERTA DAN ANDA AKAN FIKIR DAHULU DAN JAWAPAN AKAN DIBERI KEMUDIAN.

Nombor 6:
ANDA MEMPUNYAI SIFAT KEKELUARGAAN ATAU AMBIL BERAT TENTANG KELUARGA. INI MEMBUATKAN ANDA BAGUS DALAM PERANCANGAN KEWANGAN.

Nombor 7: 
ANDA PUNYAI RAMAI KAWAN ATAU MUDAH MENDAPAT PENYOKONG. INI MEMBUATKAN HIDUP ANDA NAMPAK BERTUAH.


Nombor 8: 
ANDA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB SAMA ADA TERHADAP KELUARGA ATAU KERJAYA.
CONTOH DALAM KERJAYA ATAU PERSEKOLAHAN JIKA DIBERI TUGAS ATAU KERJA RUMAH ANDA AKAN SELESAIKANNYA WALAUPUN MEMAKAN MASA.

Nombor 9: 
ANDA SUKA MENGEJAR KEJAYAAN ATAU ASET. MUNGKIN JUGA ANDA MEMIKIRKAN PERNIAGAAN YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN.


Assalammualaikum readers,

Best kan kita tarikh lahir? hehe.

Sebelum tu jangan lupa baca entry sebelum ini.

Entry 1 : KOD ASAS DIRI
Entry 2 : KECENDERUNGAN DIRI

...dan di bawah ini adalah senarai nombor kombinasi yang boleh kita rujuk selepas buat pengiraan kecenderungan kita melalui tarikh lahir.

1 - Sangat berdikari, namun “ditikam belakang”. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut mudah datang dan pergi.
73 - Orang / Kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation.
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif.
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru dan usahawan
123 - Mempunyai kekuatan pada suara. Bagus jadi guru, buat sales, buat marketing, penyanyi atau usahawan.
123 - Kekuatan pada suara. Karier sebagai guru, penyanyi, salesman dan usahawan adalah digalakkan.
123 - Kekuatan pada suara. Boleh jadi penyanyi, guru, buat sales, marketing dan usahawan.
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
393 - Cepat berjaya, tetapi tak tahan lama.
426 - Pandai dalam syarahan dan ceramah
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah.
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense
459 - Memiliki gerak hati atau muslihat. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan kenamaan.
573 - Mudah bergaul dengan orang atasan dan kenamaan. Mungkin ada di sabotaj oleh orang lain.
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang, jadi tarikan orang.
729 - Mudah menyakinkan orang. Menjadi tarikan orang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan
729 - Menarik, menawan dan menjadi tarikan orang. Mudah yakinkan orang
729 - Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan orang. Juga “pelaris”. Sesuai untuk jadi ahli politik
729 - “Pelaris”, Mudah yakinkan orang, menjadi tarikan wanita.
729 - Sangat menawan & mudah yakinkan orang.
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa. Tetapi, banyak idea dan inovatif
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa.
843 - Selalu tercari-cari kejayaan, sentiasa ingin tukar citarasa
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah bosan dan sentiasa ingin tukar citarasa
843 - Selalu tercar-cari kejayaan. Mudah bosan dalam satu-satu perkara.
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung. Bagus jadi usahawan.
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan
966 - Mudah untung dan usahawan adalah kerjaya yang sesuai
966 - Mudah untung dan bagus jadi usahawan
966 - Mudah mendapat keuntungan. Elok jadi usahawan
966 - Mudah untung, jika mahu. Sesuai untuk jadi usahawan. Lepas tu boleh jadi dermawan, macam Syed Mokhtar atau Bill Gates
966 - Mudah untung, bagus jadi usahawan
966 - Mudah untung, bagus jadi usahawan
966 - Mudah untung, elok jadi usahawan
966 - Mudah untung (bagus untuk menjadi usahawan)
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian
__________________________________________

pola-pola yg berkaitan dgn no6 – "PATTERNS OF “6”

spt 426, 363, 696, 156, 876, 456, 666, 396..

426 – dunia pendidikan – penceramah, pensyarah, pusat tuition atau sebagainya.
786 – pemimpin – pengarah, pengurus, ahli politik.
156 – transport, outstation, sekuriti – courier, logistic,polis.
696 – perniagaan – peniaga, usahawan.
456 – dunia kewangan, money matters –bank, insuran.
336 – pelaburan – shareholder, perdagangan mata wang/forex
666 – money matters, gold – bank, insuran, gold broker
396 – retailer – stockist, hypermarket.

Apa yg ingin ditekankan disini adalah peluang rezeki yg banyak/lumayan dari bidang2 tersebut.
__________________________________________

nombor 7(pengaruh dan tarikan)..kebiasannya pola 729 adalah pelaris semulajadi..tetapi pola berangkai 7 seperti 786, 753, 775, 769, 764, 777 juga mempunyai pengaruh/ pelaris diri cara berlainan..
contohnya 753 pelaris diri kerana selalu berurusan dgn vip..786 mereka selalu mempunyai tarikan sebagai ketua dan tempat rujukan penyokongnya..777 penyokong dan disukai ramai/ aura tersendiri..769 bertuah kerana selalu dibantu dan disokong baik segi rezeki/wang dan kuasa..764 selalu mereka golongan pendidik/ cendikiawan yang bepengaruh dan segi kebijaksaan idea yg hebat sperti kebanyakkan penerima anugerah Nobel.
___________________________________________

573 – Pola orang kenamaan / orang terkenal
13 - Pola aktif (kekuatan fizikal)
5955 – Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan
459 dan 549 – bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.
545544 – perancang yang hebat.
494 – memiliki pengetahuan yang tinggi
426 – penceramah yang bagus
9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.
7 di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.
Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.
___________________________________________

PROFIL KELEMAHAN:

456 – dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)
___________________________________________

Sedikit info – pola 729 – ini adalah pola pelaris (lg sekali ini adalah statistic bukan ramalan.) sesiapa yg ada pola ini cuba perhatikan situasi dimana jika ke sesebuah restoran/kedai makan yg tiada/kurang pengunjung dan setelah mereka duduk disitu akan semakin ramai pelanggan yg datang dengan izin Allah ler.. tak caye, gi try test – kalau tak jadi, lom mandi kot – kuang..kuang..kuang., kalau jadi seperti dijangka, tak reti-reti nak guna kelebihan tu..


P/S : Saya belum habis berkongsi lagi mengenai metafizik tarikh lahir ni. HEHE.

To be continue.....



Kombinasi 3 nombor yang menujukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)

Assalammualaikum readers :)

Siang tadi saya ada buat satu entry mengenai PERSONALITI BERDASARKAN PENGIRAAN METAFIZIK TARIKH LAHIR (klik untuk baca). Saya dah janji nak sambung langkah seterusnya. Langkah seterusnya ni, ada sedikit pening-pening. hehe. kena faham dan teliti kiraan dari mana ke mana oke. :)

Boleh lihat gambar kat bawah ni. Saya ada explain juga. Boleh baca dan rujuk gambar untuk lebih faham. Untuk pengetahuan kita bersama, kiraan kali ini adalah untuk mengetahui kecenderungan kita melalui kombinasi 3 nombor dari kiraan tarikh lahir kita.

Ada tiga kecenderungan dalam diri kita yang boleh kita siasat. hahaha :p Gambar di bawah ni adalah hasil kiraan tarikh lahir saya. Korang boleh cuba kira untuk korang punya kekasih. eh? kesitu pula :p

Oke jom teruskan meneliti gambar dan penjelasan saya kat bawah.


Saya dah tandakan huruf berwarna hijau pada kotak warna biru untuk senang rujuk.


a + c ( 7 + 7 = 14, kecilkan lagi. 1 + 4 = 5). So, letak 5 kat kotak yang dah ditandakan 'a + c'

b + c ( 9 + 7 = 16, kecilkan lagi. 1 + 6 = 7). So, letak 7 kat kotak yang dah ditandakan 'b + c'

d + f ( 1 + 1 = 2). So, letak 2 kat kotak yang dah ditandakan 'd + f '

e + f ( 9 + 1 = 10, kecilkan lagi. 1 + 0 = 1). So, letakkan 1 kat kotak yang dah ditandakan 'e + f '

c + g ( 7 + 8 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'c + g '

f + g ( 1 + 8 = 9). So, letak 9 kat kotak yang dah ditandakan 'f + g'

h + i ( 9 + 6 = 15, kecilkan lagi. 1 + 5 = 6). So, letak 6 kat kotak yang dah ditandakan 'h + i'


    Senang faham kan setakat ni ? hehehe...kalau tak faham boleh komen dan tanya oke. :)

    Lepas tu, saya ada highlightkan petak kuning kat 3 bahagian. Tu maksudnya adalah bahagian nombor/pola kecenderungan kita.

    Nombor kombinasi saya kat petak highlight kuning tu adalah 753, 213 dan 696.

    Ramai yang tertanya-tanya. kenapa 696 bukan 966? hehe.. ikut saja sebab itu adalah arah yang merujuk piramid kiri kanan tarikh lahir kita. Ada sebabnya, tapi maklumla, dah tak ingat. Nanti saya share lagi kalau saya jumpa buku yang saya pinjam kat perpustakaan Labuan, oke! :)

    Apa yang dimaksudkan disebalik nombor kombinasi kita?

    Ini saya punya, nanti kamu kira-kira lepas tu boleh rujuk kat next entry saya nombor kombinasi korang oke.

    753

    • 'Pelaris' diri kerana selalu berurusan dengan VIP/Kenamaan/orang atasan.
    • Orang atasan/VIP/Kenamaan mudah suka dan percaya kepadanya.
    • Mudah yakinkan orang.
    • Menjadi tarikan orang.
    • Mudah bergaul dengan orang atasan. 

    213

    • Seorang debaters/berhujah/debat.
    • Kekuatan pada suara.
    • Sesuai menjadi guru/pensyarah/ahli politik/Sales marketing/usahawan.

    696

    • Sesuai dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.


    Alhamdulillah untuk yang baik-baik. Yang tak baik, ubah. Yang baik, asah. Apapun yang tertulis pada maksud nombor di atas, yang menentukannya hanya diri kita sendiri. Nombor kajian ini hanya untuk kita lihat kita sesuai dengan bidang apa dan bagaimana diri kita untuk diperbaiki atau di tambah potensi diri sendiri.


    Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

    Assalammualaikum Readers,

    Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je kan. hakhak.

    Just nak update entry kat sini. Hari ni saya sibuk buat kira-kira metafizik tarikh lahir. Bukan lah pertama kali layan pola nombor ni. Dulu-dulu, zaman sekolah pun ada buat juga tapi hari ni terlebih rajin pula. Macam-macam saya search dan nak tahu.

    Ada satu buku, saya pernah pinjam dari perpustakaan Labuan. Cerita mengenai personaliti diri. Kat dalam buku tu pun ada juga ajar dan rujukan metafizik tarikh lahir dan nombor kombinasi yang kita cenderung. Menurut Dato Fadzilah Kamsah, kajian metafizik ni 95% betul. Wallahualam.

    Biar saya kongsikan di sini cara kira-kira metafizik tarikh lahir kita. Kalau jumpa yang part 'kelemahan' tu, dan rasa macam tak suka kan, kita berusaha ubah dan buktikan yang kita tak macam tu. Kalau ada 'kekuatan' yang rasa-rasa memang ada dalam diri kita, teruskan dan asah bakat dan potensi tu supaya ia benar-benar menjadi realiti.

    No Magic, Just Basic. Maksudnya, nak berjaya kena berusaha. Kena mula dari langkah pertama juga. Tak ada nya magic-magic tiba-tiba jadi kaya ke, tiba-tiba jadi pandai ke apa kan. hehehe.

    eh? banyak cakap la pula. Jom terus belajar cara kira personaliti kita.

    Saya ajarkan menggunakan tarikh lahir saya saja oke. Nanti korang boleh tukarkan kepada tarikh lahir korang. Sedikit sebanyak boleh la kenal saya ni macam mana orang nya. haha.. tak tahu malu :p


    1+6 = 7
    0 + 9 = 9
    1 + 9 = 10 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1
    9 + 0 = 9

    Kemudian,
    7 + 9 = 16. Jadi kecilkan lagi. 1 + 6 = 7

    Lepas tu,
    9 + 1 = 10. Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1

    Last,
    7 + 1 = 8

    Jadi, KOD ASAS SAYA adalah 8

    Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
    KETULENAN (ELEMENT - METAL


    Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

    Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

    Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

    Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
    Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

    Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
    Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
    Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
    Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
    Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

    Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
    PENDAMAI (ELEMENT - WATER


    Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

    Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

    Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

    Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
    Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
    Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
    Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

    Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
    KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)


    Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

    Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

    Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
    Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
    Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
    Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

    Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
    KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)


    Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

    Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

    Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

    Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Analisa Umum:
    Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
    Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
    Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
    Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
    Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.


    Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5
    PERINTIS (ELEMENT - EARTH)


    Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
    Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

    Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
    Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
    Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
    Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
    Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
    Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

    Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
    ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)


    Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

    Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

    Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

    Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

    Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    “Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
    Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
    Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
    Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
    Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

    Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
    INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)


    Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

    Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
    Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

    Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
    Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
    Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
    Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

    Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8 (SAYA)
    PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)


    Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

    Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
    Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

    Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
    Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
    Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
    Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

    Individu dengan Kod Asas 9
    GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)


    Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

    Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

    Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

    Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
    Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
    Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
    Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
    Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

    Macam mana? hehehe. Korang kod asas yang ke berapa?
    Selamat mencuba dan mengira.

    P/S : Post ini akan saya sambung di next entry. Belum habis lagi. hehe.

    Rahsia Solat 5 Waktu

    Assalammualaikum.

    Saya nak kongsi mengenai Solat 5 Waktu ini. Semoga ilmu ini akan terus menyedarkan kita untuk Solat ON TIME :) Amin.



    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

    Waktu Subuh
    Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
    Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
    Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

    Waktu Zuhur
    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

    Waktu Asar
    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

    Waktu Maghrib
    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

    Waktu Isyak
    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
    Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

    Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

    Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

    10 Tip IBU BAPA

    Salam semua..
    Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

    1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

    2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

    3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

    4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

    5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

    6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

    7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

    8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

    9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

    10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

    via : Prof. Dr. Muhaya
    #silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah